Biro Kawalan Narkotik telah memberi taklimat yang bertajuk seperti di atas untuk murid-murid tahun 5 dan 6 pada 18 Februari 2013. Diharap dengan adanya taklimat sebegini dapatlah memberi pendedahan awal dan menambahkan lagi pengetahuan murid murid mengenai keburukan dadah. Murid-murid juga diberi peluang menjawab kuiz berkaitan dengan taklimat yang di sampaikan. Jutaan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai dari Biro Kawalan Narkotik, Dyg Norhayani dan Dyg Eve.
5 Comments
Biro Kawalan Narkotik telah memberi ceramah yang bertajuk seperti di atas untuk murid-murid tahun 5 dan 6 pada 16 dan 18 Februari 2012. Dengan adanya ceramah sebegini dapatlah memberi pendedahan awal dan menambahkan lagi pengetahuan murid murid. Murid-murid juga berpeluang menjawab kuiz berkaitan dengan ceramah yang di sampaikan. Jutaan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai dari Biro Kawalan Narkotik. Lawatan ke Biro Kawalan Narkotik, Cawangan Daerah Belait adalah merupakan satu aktiviti luar murid-murid tahun 6 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Penilaian Sijil Rendah pada tahun ini. Dengan adanya lawatan sebegini, murid-murid boleh menambah lagi pengetahuan dan pengalaman. Terima kasih kepada Biro Kawalan Narkotik, Cawangan Belait kerana sudi memberikan kami peluang ini. Lawatan ke Biro Mencegah Rasuah Cawangan Kuala Belait, Jalan Sungai Pandan - 12 Oktober 201010/17/2010 Lawatan Ke Biro Mencegah Rasuah Cawangan Kuala Belait Jalan Sungai Pandan pada 12 Oktober 2010, guru-guru serta kakitangan SRKB. |